-puitis ceritanya-

Jangan mengungkapkan kata-kata indah dan manis buatku
Kerana aku takut akan menyayangimu
Jangan mengambil berat tentang diriku
Kerana aku bimbang akan mengasihi dirimu
Jangan terlalu baik padaku
Kerana aku takut akan merinduimu
Jangan memberikan kenangan atau harapan buatku
Kerana aku khuatir akan jatuh cinta padamu
Jangan menghargai pertemuan itu
Kerana aku tidak mau menderita kerana kehilanganmu

0 comments